- JBS Sarawak
- Hits: 67
Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak Meriah 3000 Orang Hadir!
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 29 November 2025 - Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 28 hingga 29 November 2025, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Penganjuran ini berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 peserta dan pengunjung daripada seluruh negeri.
Turut hadir memeriahkan acara pada 29 November 2025 ialah Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian.
Karnival ini dianjurkan bagi mencapai objektif berikut:
1. Mempromosikan gaya hidup sihat, aktif dan sejahtera dalam kalangan belia.
2. Menggalakkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan, inovasi dan ekonomi kreatif.
3. Memperkasa potensi dan bakat belia dalam bidang seni, budaya, sukan dan ekspresi kreatif.
4. Memantapkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, komuniti dan pertubuhan belia.
5. Menyemarakkan semangat kesukarelawan serta kesedaran sosial dalam kalangan belia.
6. Mengukuhkan identiti dan platform program Rakan Muda dalam pembangunan belia yang menyeluruh.
Sepanjang dua hari pelaksanaannya, karnival ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti Seminar Usahawan Belia Sarawak NextGen, Zumba x Aerodance Neon Glow in the Dark, PUBGM Challenge, Auto Show, Outraxx Games Challenge, Slingshot Challenge Rakan Muda, Pertandingan Woodball, Kempen Wakaf Selipar, Alam Sekitar Challenge, Tamiya Gathering, Glamping, Pentas Ekspresi Rakan Muzik oleh Sekolah Seni Malaysia Sarawak, serta Car Boot Sales dan jualan makanan dan minuman.
Karnival ini dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama rakan strategik berikut:
* Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak
* Rakan Muda Matang
* Pickers
* Kelab Kecergasan 1Kenyalang Kuching
* Kelab Sukan Rekreasi Outraxx Kuching
* Kolej Komuniti Mas Gading
* Politeknik Kuching Sarawak
* Politeknik Mukah Sarawak
* Kolej Komuniti Kuching
* Universiti Putra Malaysia Sarawak
* Sekolah Seni Malaysia Sarawak
* SM Sains Kuching
* Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak
* Persatuan Peniaga dan Penjaja Bergerak Bumiputera Sarawak
* Amanah Saham Sarawak Berhad
* Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak
* Kuching Car Boot Sales Community
* Persatuan Woodball Sarawak
* Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak
*Kelab Sukan Elektronik SAYAS
*Zone Squad Esports
Karnival ini berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuh penglibatan belia serta menyokong pembangunan mereka ke arah gaya hidup sihat, kreatif, inovatif dan berdaya saing di Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamRakanMuda
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#KarnivalRakanMuda
#RakanMudaSarawak
