- JBS Sarawak
- Hits: 55
Majlis Pentauliahan ARPRM Perak Dan Gangsa Dan Majlis Perasmian Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2025 Disambut Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 29 November 2025 - Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa dan Tahap Perak dan Majlis Perasmian Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan penyertaan lebih 3,000 peserta dan pengunjung.
Seramai 5 orang pemimpin ARPRM telah ditauliahkan dalam majlis ini beserta 94 penerima sijil pentauliahan ARPRM Tahap Gangsa dan Perak juga menerima sijil masing-masing dari beberapa Badan Operasi ARPRM di seluruh negeri Sarawak.
Selain itu, program ini juga dianjurkan sebagai salah satu platform pembangunan belia yang merangkumi aspek kesihatan, kreativiti, keusahawanan dan komuniti.
Majlis pentauliahan ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang Berusaha Encik Kwang Law, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Bersama memeriahkan majlis termasuklah Yang Berbahagia Dr. Yasmin Yaacob, Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPM Sarawak, Yang Berusaha Abu Zaid bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan merangkap Wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang Berusaha Encik Khalid Husseine bin Tuah, Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Yang Berusaha Encik Reduan bin Taha, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Sarawak, Yang Berusaha Encik Norjayadi bin Sarkawi, Ketua Inspektor Penjara Puncak Borneo
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) melalui gaya hidup rakan ekspresi ialah satu program pembangunan diri untuk remaja dan belia malaysia yang berasaskan cabaran jangka panjang. Program ini memberi peluang generasi muda membina ketahanan diri, membentuk karakter positif, dan mengembangkan bakat melalui pengalaman praktikal. ARPRM merupakan program yang setara dengan The Duke Of Edinburgh’s International Award yang diiktiraf di seluruh dunia. Di malaysia, ia dilaksanakan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) menerusi platform rakan muda. Majlis pentauliahan pada hari ini merupakan penghargaan dan pentaulaiahan kepada semua peserta yang telah menamatkan perjalanan sebagai peserta ARPRM tahap perak dan gangsa.
Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama rakan-rakan strategik daripada pelbagai agensi, institusi pendidikan, kelab komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan.
Majlis ini diharap dapat terus memperkukuh peranan belia sebagai pemangkin pembangunan negeri melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sihat, kreatif, keusahawanan dan kemasyarakatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamRakanMuda
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#KarnivalRakanMuda
#RakanMudaSarawak
