PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN DAN VERIFIKASI STOR BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2025 BERJALAN DENGAN LANCAR DAN TERATUR.

Disediakan oleh: Howard Bunsu Resik,  JBSN Sarawak

SRI AMAN, 27 NOVEMBER 2025 – Pada 18 November 2025 lepas Pegawai Pemeriksa Aset dan Pegawai Pemverifikasi Stor telah membuat pemeriksaan aset alih kerajaan dan verifikasi stor bagi tahun 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Pemeriksaan dibuat ke atas harta modal dan aset bernilai rendah berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Pemeriksaan ini meliputi menyemak, menilai dan mengesahkan keadaan serta kewujudan aset bagi memastikan ia direkod, digunakan, diselenggara dan dilupuskan mengikut peraturan diadakan secara berkala.  Verikasi stor dilaksanakan bagi menyemak dan memastikan ketepatan rekod inventori dan stok fizikal di stor kerajaan, seperti yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA)

Pegawai pemeriksa aset yang ditugaskan bagi memeriksa aset alih kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ialah Puan Fatimah Abdul Rahman dan Cik Margaret Sawing manakala Pegawai Pemverikasi Stor pula ialah Encik Yaman Bin Yahya dan Encik Abu Bin Amir. Para pegawai pemeriksa telah disambut oleh Encik Khalid Bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama pegawai dan kakitangan pejabat yang lain.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search