- JBS Sarawak
- Hits: 55
WARGA PBSB LIMBANG BERSAMA SAMA MEMBANTU DALAM PENGANJURAN HARI BELIA DAN LIMBANG MOTO DAY 3.0
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 November 2025 – Hari Belia dan Limbang Moto Day 3.0 yang telah berlangsung pada awal bulan lalu di Lot 777 tempat Letak Kereta Majlis Daerah Limbang, Limbang. Program yang diadakan setiap tahun ini dianjurkan oleh Saberkas Cawangan Bukit Kota bersama ahli gabungan kelab permotoran bahagian Limbang.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail , Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Kota. Beliau berkata kerjasama haruslah dieratkan selari dengan saranan Kerajaan supaya berhubungan baik dengan semua Ahli di Peringkat negeri dan bahagian. Dengan adanya program seperti ini dapat dijadikan platform terbaik bagi semua pihak bersua muka diperingkat belia disamping dapat beramah mesra.
Puan Aimy Alisha Charlie, Pegawai Unit Rakan Muda bersama Encik Mohd Hafizul Helmi Bin Md Zain Pegawai Unit Belia turut hadir dan dipilih sebagai pengacara majlis sepanjang Hari belia dan Limbang Moto Day 3.0. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh silaturahim di kalangan semua pihak.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
