- JBS Sarawak
- Hits: 76
Terima Kasih Wira Sejati !
- JBS Sarawak
- Hits: 76
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 NOVEMBER 2025 : satu taklimat bagi Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan secara atas talian melalui platform google meet bersama pegawai - pegawai Rakan Muda di Bahagian pada selasa lepas.
Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan hari kesukarelawanan antarabangsa yang ditetapkan oleh pertubuhan bangsa- bangsa bersatu (PBB) pada 5 disember setiap tahun. Selain itu, sambutan ini disambut bagi menghargai dan meraihkan jasa dan sumbangan tenaga daripada para sukarelawan negara.
Dalam taklimat tersebut turut dibentangkan pengisisan aktiviti yang akan diadakan sepanjang sambutan tersebut. Antaranya, perkongsian tokoh sukarelawan, majlis apresiasi, serta pertandingan fotografi medsos.
Terima kasih atas keprihatinan, ketabahan dan jiwa sukarelawan yang anda tunjukkan. Semoga segala bakti yang dicurahkan menjadi pendorong kepada lebih banyak usaha murni pada masa hadapan. Anda adalah wira sebenar di sebalik kejayaan ini.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
