PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU SIRI 11/2025

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN SIBU SIRI 11/2025

Disediakan oleh: TT, JBSN Sarawak

SIBU, 1 NOVEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Bahagian Sibu Siri 11 tahun 2025 yang berlangsung di Taman Tasik Permai, Sibu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat dan berjaya mewujudkan suasana penuh kemeriahan. Acara yang menampilkan aktiviti senamrobik bersama MEFA Women Fit Sibu itu menghimpunkan lebih 50 peserta pelbagai peringkat umur, sekali gus menyemarakkan semangat kecergasan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para peserta yang hadir dan memberi komitmen. Esok merupakan menutup tirai bagi Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Bahagian Sibu Siri 12 Tahun 2025. Pelbagai hadiah misteri akan menanti anda. Mari lah bersenam dan sihat bersama kami.

  Tarikh: 2 November 2025 (Ahad)
  Lokasi: Lakeside Permai, Sibu
  Masa: 5.00 Petang
  Yuran: PERCUMA!
𐦂𖨆𐀪𖠋 : TERBUKA KEPADA SEMUA, WALK IN SAHAJA!

Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform berterusan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#MalaysiaAktif
#yakinboleh

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search