RAKAN MAHIR SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN LANANG DAN SIBU

RAKAN MAHIR SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN LANANG DAN SIBU

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

SIBU, 1 November 2025 - Program Rakan Mahir Skill For Life @ Parlimen Lanang dan Sibu telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Vokasional Sibu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen P211 Lanang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kolej Vokasional Sibu ini menampilkan Kursus Asas Pembuatan Kek Span dan Dekorasi yang memberi peluang kepada para peserta mempelajari kemahiran asas dalam bidang bakeri dan dekorasi kek.

Seramai 40 orang belia dari kawasan Lanang dan Sibu telah mengambil bahagian dalam program ini. Melalui penganjuran kursus seperti ini, para belia bukan sahaja dapat menambah ilmu dan kemahiran baharu, malah berpotensi menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan sampingan atau kerjaya masa depan. Program Rakan Mahir Skill For Life ini terus menjadi platform penting dalam memperkasa golongan belia agar lebih berdaya saing, kreatif dan berdikari dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMahir
#PBSBSibu
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search