- JBS Sarawak
- Hits: 54
Taklimat Penutupan Akaun Tahunan Kewangan Bahagian Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh : Uja Rama, JBSN Sarawak.
KAPIT, 28 November 2025 – Taklimat Penutupan Akhir Tahun Kewangan TAHUN 2025 Bahagian Kapit telah dilaksanakan pada pagi tadi, bertempat di Pelagus Hall, Hotel Meligai Kapit. Taklimat ini dianjurkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Kapit.
Tujuan taklimat ini adalah sesi penerangan mengenai prosedur, garis panduan dan tarikh akhir untuk penutupan akaun pada akhir tahun kewangan. Ia bertujuan untuk memastikan semua jabatan atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) dapat melakukan proses penutupan akaun dengan lancar, tepat dan mengikut prosedur serta mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Taklimat dihadiri oleh semua PTJ seliaan JANM Cawangan Kapit. Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kapit Dan Cik Uja Rama Nyangun, Pembantu Tadbir (P/O) turut hadir mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#PBSBKapit
