- JBS Sarawak
- Hits: 54
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Dan Verifikasi Stor Bahagian Mukah Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 26 NOVEMBER 2025 – Pada 19 November 2025 lepas Pegawai Pemeriksa Aset dan Pegawai Pemverifikasi Stor telah membuat pemeriksaan aset alih kerajaan dan verifikasi stor bagi tahun 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan aset dan stor di setiap pejabat dari segi susun atur dan rekodnya. Selain itu, pemeriksaan tersebut dibuat bagi mengesahkan keberadaan aset di pejabat serta kondisi aset yang sedia ada. Verikasi stor dilaksanakan bagi menyemak dan memastikan ketepatan rekod inventori dan stok fizikal di stor kerajaan, seperti yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA)
Pegawai pemeriksa aset yang ditugaskan bagi memeriksa aset alih kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah ialah Encik Roley Lagir dan Encik Rynnille Elsther Peter manakala Pegawai Pemverikasi Stor pula ialah Encik Hailey Robson Banyang dan Encik Zaini Abdul Talib. Para pegawai pemeriksa telah disambut oleh Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama pegawai dan kakitangan pejabat yang lain.
