Kejohanan Ultimate Frisbee U16 Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Mukah 2025

Kejohanan Ultimate Frisbee U16 Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Mukah 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 26 NOVEMBER 2025 – Kejohanan Ultimate Frisbee U16 Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Mukah 2025 anjuran bersama Sekolah Menengah Saint Patrick Mukah dan  Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah diadakan pada 22 November 2025 di Padang Bola Sepak SSC Mukah. Kejohanan tersebut telah disertai 10 pasukan lelaki dan 7 pasukan perempuan melibatkan 170 pelajar dari SMK Saint Patrick Mukah, SMK Three Rivers Mukah, SMK Mukah, MRSM Mukah dan SMK Agama Igan.

Keputusan penuh kejohanan bagi Kategori U16 Lelaki ialah Johan disandang SMK Saint Patrick Mukah, Naib Johan SMK Mukah, Tempat Ketiga MRSM Mukah dan Tempat Keempat SMK Three Rivers Mukah. Manakala keputusan penuh Kategori U16 Perempuan pula Johan disandang SMK Saint Patrick Mukah, Naib Johan SMK Mukah, Tempat Ketiga SMK Three Rivers Mukah dan Tempat Keempat SMK Agama Igan.

Selain itu, hadiah bagi kategori MVP Lelaki dimenangi adik Herrens Kiew Xuan Yii dari SMK Saint Patrick Mukah manakala adik Auderyna Minda anak Lawan dinobatkan MYP Perempuan. Top Assist Lelaki disandang Qoid Nasaruddin bin Herman dan Top Assist Perempuan Auderyna Minda Lawan manakala Top  Scorrer Lelaki dan Top Scorer Perempuan masing-masing dimenangi adik Ayden Izael Kong Pang Zheng dan Diana Angut. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Encik Donny Dahlan, Pengetua SMK Three Rivers Mukah. Hadir sama ialah Encik Ismandi Dillah, merangkap Jurulatih Utama Ultimate Frisbee.  

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search