- JBS Sarawak
- Hits: 71
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Dan Pemverifikasi Stor Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 71
Disediakan oleh: EVERLYN M. JBSN Sarawak
BINTULU, 24 NOVEMBER 2025: Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dan Pemverifikasi Stor Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah dilaksanakan pada 19 November 2025 oleh Pegawai Pemeriksa Aset iaitu Encik Mohd Arbi Bin Rosli dan Encik Martin Sherman Anak Minggu dan Pegawai Pemverifikasi Stor iaitu Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman dan Puan Olivia Anak Kaminis.
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi penerangan berhubung dengan pengisian borang-borang KEW PA yang berkaitan selaras dengan Pekeliling Kementerian Kewangan. Selain itu juga bagi memastikan Aset pejabat berada di bawah kawalan dan sentiasa mematuhi pengurusan dan tatacara yang betul mengikut Pekeliling yang telah ditetapkan dan memastikan rekod aset yang didaftakan adalah betul. Tujuan Pemverifikasi stor ini pula adalah untuk memastikan stok yang ada didaftar Stor Utama Pejabat mempunyai daftar rekod yang lengkap, tepat serta dikemas kini. Selain itu juga bagi memastikan setiap pegawai yang terlibat dalam pengurusan stor dan aset memahami dan berpengetahuan dalam menggunakan Sistem SSPA dan melaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dalam pekeliling serta arahan jabatan.
Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu mengucapkan terima kasih diatas kehadiran dan cadangan yang diberikan bagi menambah baik pengurusan Aset dan Stor di Pejabat bahagian.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbsbintulu
