- JBS Sarawak
- Hits: 59
Pemantapan Kepimpinan Melalui JELMA
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 24 NOVEMBER 2025: Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) komited melahirkan barisan pegawai yang dinamik serta berdaya saing, melalui pemantapan kemahiran meliputi aspek kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan nilai profesionalisme sejajar keperluan semasa pembangunan belia negara.
Bagi merealisasikan hasrat ini, JBSN telah memperkenalkan Program Kepimpinan dan Pengurusan Eksekutif Muda (JELMA - Junior Executive Leadership & Management Programme) yang memfokuskan kepada penglibatan pegawai Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan Gred S9 dari seluruh negara. Program ini telah dilaksanakan pada 10 hingga 13 Oktober 2025 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 34 orang Pegawai Belia dan Sukan Gred S9 lantikan tahun 2017 dan 2019 termasuk Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen Anak Satong telah mengikuti program ini dengan jayanya.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
