- JBS Sarawak
- Hits: 58
Pameran Rakan Muda Sempena Penganjuran Kids’ Dream Carnival Simpan SSPN (KDream25) Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 24 NOVEMBER 2025 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menjemput Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri untuk menyertai penganjuran Kids’ Dream Carnival Simpan SSPN (KDream25) Tahun 2025 melalui penganjuran Pameran Rakan Muda. Program ini telah berlangsung pada 22 November 2025 bertempat di Level 3, Exhibition Hall, Boulevard Shopping Mall, Miri.
Penganjuran pameran ini bertujuan memperluaskan pengetahuan belia mengenai 10 gaya hidup Rakan Muda, selain memberi pendedahan tentang peluang penglibatan dalam pelbagai inisiatif pembangunan diri. Melalui maklumat, bahan pameran serta interaksi dua hala yang disediakan, pameran ini telah berjaya menarik minat pengunjung khususnya golongan belia.
Selain itu, platform seperti ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai belia memanfaatkan ruang yang disediakan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta penyertaan aktif dalam program Rakan Muda pada masa akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
