- JBS Sarawak
- Hits: 75
Lawatan Kelab Badminton Bletek dan Kelab Sukan Bermotor Jaguh ke PBSB Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 20 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) telah menerima lawatan rasmi daripada dua kelab sukan tempatan, iaitu Kelab Badminton Bleteh yang diketuai Presidennya Encik Abu Bakar Othman, serta Kelab Sukan Bermotor Jaguh bersama Presidennya Haji Abg Hamzah Abg Bolhassan pada awal bulan yang lalu. Lawatan turut disertai barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) kedua-dua kelab.
Dalam sesi pertemuan tersebut, En. Martin Sherman Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan program-program jabatan, peluang permohonan dana sukan, serta potensi kerjasama antara PBSB Kapit dan kelab-kelab berkenaan bagi penganjuran aktiviti sukan pada masa akan datang.
Turut memberikan panduan ialah Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, yang menekankan kepentingan pengurusan kelab yang teratur dan berkesan serta menggalakkan kedua-dua kelab untuk kekal aktif melaksanakan program demi manfaat komuniti setempat.
PBSB Kapit merakamkan penghargaan atas komitmen dan usaha kedua-dua kelab sukan yang sentiasa menyokong pembangunan sukan di daerah Kapit, di samping berharap kerjasama strategik dapat terus diperkukuh pada masa hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
