- JBS Sarawak
- Hits: 52
Mesyuarat Program Santunan Desa 2025 Bil. 3/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh : Lanting Mala, JBSN Sarawak
KAPIT, 20 November 2025 – Mesyuarat Program Santunan Desa 2025 Bil. 3/2025 telah diadakan pada 12 November yng lalu bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Kompleks Kerajaan Negeri, Kapit. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Cerisologo Anak Sabut, Pegawai Daerah Kapit.
Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persiapan akhir bagi program Santunan Desa 2025 yang telah diadakan pada 14 hingga 16 November 2025 bertempat di Rumah Jawa, Ng. Sangin, Sg. Amang, Kapit. Program KEMAS Daerah Kapit dengan kerjasama Pejabat Daerah Kapit ini melibatkan penduduk rumah panjang di sekitar Sg. Amang. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti program Desa Cergas, Pertandingan Karaoke, Pameran dan jualan produk ikon, pemeriksaan kesihatan dan ceramah daripada PDRM, AADK dan MARA.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Lanting Mala, wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Perasmian penutupan program pada 16 November 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBKapit
