- JBS Sarawak
- Hits: 68
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Kapit Bil. 2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 20 November 2025 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Kapit Bil. 2. 2025 telah dilaksanakan pada 12 November yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 8, Kompleks Kerajaan Negeri, Kapit dan dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Daniel Batin, Pegawai Unit Sosial Dan Hal Ehwal Awam mewakili Residen Bahagian Kapit dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan.
Mesyuarat MTMD diadakan bagi memantau dan memastikan penyelarasan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras dadah oleh semua agensi serta organisasi yang berkaitan di peringkat bahagian dan daerah.
Dalam mesyuarat ini, Puan Azimah binti Marsid, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu telah membentangkan Laporan Statistik Kadar Penagihan Dadah dan Kepulihan. Selain itu beliau menjelaskan secara ringkas hasrat dan hala tuju pindaan akta tersebut yang menekankan pendekatan lebih holistik dan berasaskan pemulihan terhadap penyalahguna bahan. Penerangan ini membantu memberi kefahaman kepada ahli mesyuarat berkenaan peranan agensi dan komuniti dalam memainkan peranan dan membantu bagi melaksanakan intervensi yang lebih berkesan kepada yang terlibat dengan dadah atau bahan terlarang. Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kapit, Song dan Belaga turut membentangkan laporan berkaitan statistik jumlah dan umur penagih dadah di Bahagian Kapit.
Sebelum mengakhiri mesyuarat, Yang Berusaha Encik Daniel Batin mencadangkan jika pihak AADK dapat mempertimbangkan untuk membuka pejabat operasi AADK di Daerah Kapit bagi memudahkan semua urusan berkaitan dengan pemantauan kes-kes berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBKapit
