- JBS Sarawak
- Hits: 47
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dan Stor PBSB Kapit Berjalan Lancar
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 20 NOVEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) telah melaksanakan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dan Pemeriksaan Stor bagi tahun semasa melibatkan pasukan pemeriksa dan pemverifikasi yang dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pemeriksaan tersebut dihadiri oleh Pegawai Pemeriksa Aset, iaitu En. Roley Lagir dan En. Rynnille Elsther Peter, manakala proses pengesahan stor dilaksanakan oleh Pegawai Pemverifikasi Stor, En. Hailey Robson Banyang dan En. Zaini Abdul Talib.
Pemeriksaan ini melibatkan verifikasi fizikal ke atas aset-aset alih, semakan rekod daftar aset, keadaan aset semasa serta penyelarasan inventori di Stor PBSB Kapit. Pelaksanaan rutin ini bertujuan memastikan pengurusan aset kerajaan berada dalam keadaan terurus, telus dan mematuhi prosedur kewangan semasa.
PBSB Kapit merakamkan penghargaan kepada semua pegawai terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan tadbir urus aset kerajaan di peringkat bahagian mencapai standard pengurusan yang ditetapkan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
