- JBS Sarawak
- Hits: 34
Tayangan Skrin Besar Kelayakan Piala Asia 2027 di Samarahan Meriah!
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
18 November 2025, Samarahan - Samarahan sekali lagi menjadi tumpuan apabila ratusan pengunjung hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 membabitkan aksi Malaysia menentang Nepal di Aiman Mall.
Suasana persekitaran itu bertukar meriah dengan sorakan peminat yang hadir seawal jam 7 malam bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.
Sorakan bergema apabila pasukan negara mencatat kemenangan meyakinkan, dengan detik paling mencuri tumpuan hadir melalui jaringan penting oleh Faisal Halim yang disambut penuh semangat oleh para penonton.
Kegembiraan jelas terpancar apabila kawasan tontonan dipenuhi laungan, tepukan dan bendera Malaysia yang dikibarkan bangga.
Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti cabutan tiket bertuah dan peraduan teka gol, yang berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
Kehadiran kanak-kanak, belia serta keluarga menjadikan acara ini bukan sahaja sebagai tempat menonton bola sepak, malah platform mengeratkan hubungan komuniti setempat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan program ini. Sokongan anda membuktikan bahawa semangat kesukanan di Samarahan terus kukuh dan membara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
