Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawak X-Tive Peringkat Bahagian Betong 2025

Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawak X-Tive Peringkat Bahagian Betong 2025

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 20 November 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Program Sarawak X-Tive Peringkat Bahagian Betong 2025 telah diadakan pada 20 November 2025 di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong yang dipengerusikan oleh Encik Hamdan bin Haji Katang, Pemangku Timbalan Residen Bahagian Betong. 

Program Sarawak X-Tive ini akan dilaksanakan pada 6 Disember 2025 bertempat di Kompleks Sukan Betong. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat di samping menyuntik nafas baharu kepada sukan-sukan tradisi yang semakin jarang dipraktikkan pada masa kini. Antara pengisian aktiviti ialah senam cergas, briskwalk, tarik tali, sukaneka rakyat, street soccer, serta demo sukan pickleball iaitu sukan yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Mesyuarat ini turut menekankan aspek keselamatan, penglibatan komuniti, promosi serta penyelarasan tugas antara agensi bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang digariskan. Turut hadir ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search