- JBS Sarawak
- Hits: 76
Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Dan Pemverifikasi Stor Di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 76
Disediakan Oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 20 NOVEMBER 2025 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dan Verifikasi Stor telah dilakukan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong pada 18 November 2025 oleh Pegawai Pemeriksa Aset, Puan Fatimah binti Abd Rahman dan Cik Margaret anak Sawing, serta Pemverifikasi Stor, Encik Yaman bin Yahya dan Encik Abu bin Amir.
Tujuan pemeriksaan aset alih kerajaan dan verifikasi stor adalah untuk mengesahkan ketepatan rekod aset dan nilai stok di pejabat seperti yang telah didaftarkan dalam Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) kerajaan adalah wujud dan sama. Selain itu, pemeriksaan juga untuk memastikan semua aset kerajaan diguna dan dikendalikan dengan cermat, berhemah dan teratur.
Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pegawai dan kakitangan yang terlibat sepanjang berlangsungnya pemeriksaan aset dan verifikasi stor.
