- JBS Sarawak
- Hits: 64
Khidmat Teknikal Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan Oleh : EDP, JBSN Sarawak
BETONG, 20 November 2025 - Pemeriksaan dan perakuan pelupusan (PEP) aset alih kerajaan (Harta Modal) bagi sebuah komputer telah dilaksanakan pada 12 November lepas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Encik Gregory ank Nelson, penolong pegawai teknologi maklumat dan puan Fazika binti Hamid, juruteknik komputer daripada Politeknik METrO Betong hadir untuk melaksanakan pemeriksaan berkenaan.
Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk mendapatkan khidmat bantuan teknikal perakuan pelupusan (PEP) KEW.PA 19 atas nasihat pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong amat berterima kasih atas khidmat bantuan teknikal yang diberi oleh pihak Politeknik METrO Betong atas pemeriksaan dan perakuan pelupusan yang dilaksanakan. Semoga kerjasama antara agensi mengeratkan lagi silaturahim antara pegawai.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
