- JBS Sarawak
- Hits: 68
PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN DAN VERIFIKASI STOR BAGI TAHUN 2025 DI PBSB MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 18 NOVEMBER 2025 – Pemeriksaan aset alih kerajaan dan verifikasi stor bagi tahun 2025 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah dilaksanakan hari ini. Encik Mohd Arbi bin Rosli dan Encik Martin Sherman anak Minggu hadir untuk membuat pemeriksaan aset alih manakala pemeriksaan verifikasi stor telah dilaksanakan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman dan Puan Olivia anak Kaminis.
Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk memastikan setiap aset alih mempunyai daftar rekod yang lengkap, tepat serta dikemas kini dan meningkatkan sistem pengurusan stor, ketepatan rekod dan fizikal serta pelarasan stok diambil tindakan. Selain itu, verifikasi tersebut mampu meningkatkan kualiti pengurusan stor pada masa mendatang.
PBSB Miri akan menambah baik segala teguran yang diterima daripada pegawai pemeriksa aset dan pemverifikasi stor bagi memastikan isu-isu dan masalah dapat diselesai dan dilaksana dengan kadar segera.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
