- JBS Sarawak
- Hits: 83
MAJLIS PENTAULIAHAN RAMBU PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 83
Disediakan Oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 15 November 2025 – Anugerah Rambu merupakan pengiktirafan tertinggi dalam peringkat kepengakapan mengikut unit, melambangkan kejayaan ahli Pengakap yang telah menunjukkan kecemerlangan dari segi disiplin, kemahiran serta kepimpinan. Bagi unit Pengakap Muda, penerima akan dianugerahkan Rambu Pengakap Muda (Anugerah Ketua Pengakap Negara), manakala bagi unit Pengakap Kanak-Kanak, mereka layak menerima Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pengakap Negeri). Bagi Pengakap Muda, tahap anugerah ini boleh dilaksanakan bersekali dengan Anugerah Rakan Muda (ARPRM) bagi tahap gangsa dan perak manakala tahap emas boleh dilaksanakan sekali dengan pelaksanaan skim Pengakap Remaja)
Majlis Pentauliahan Rambu Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak Daerah Sarikei telah berlangsung di Taman Lalulintas, Majlis Daerah Sarikei dengan penyertaan seramai 48 orang terdiri daripada guru, pemimpin dan ahli Pengakap. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Sarikei turut hadir bagi menyaksi dan memasyhurkan majlis tersebut.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abang Aedy Zakry bin Abang Jaili, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Sarikei yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah. Hadir bersama dalam majlis ini ialah YDh. Tuan Zalani bin Hj. Sidi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sarikei, dan YBrs.Tuan Mohammad Reza bin Rapaiee, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Sarikei.
Pejabat ini sentiasa bersedia untuk bekerja sama dengan mana-mana agensi kerajaan, swasta dan NGOs mengenai hal-hal berkaitan pembangunan belia dan sukan di bahagian ini. Pejabat juga berharap agar para penerima anugerah ini terus menyemarakkan semangat kepengakapan serta melahirkan lebih ramai ahli Pengakap berwibawa di bahagian ini dalam membentuk memenjadian belia yang cemerlang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#malaysiamadani
