- JBS Sarawak
- Hits: 50
UJIAN SIKAP PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan Oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 15 November 2025 – Ujian Sikap merupakan salah satu komponen penting dalam Skim Lencana Pengakap Malaysia yang bertujuan menilai tahap penguasaan, keperibadian serta komitmen ahli Pengakap sebelum melayakkan mereka menerima penganugerahan Rambu. Sehubungan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak (Daerah Sarikei) telah menganjurkan Ujian Sikap bagi kategori Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-kanak, bertempat di Taman Lalulintas Majlis Daerah Sarikei.
Seramai 22 orang calon telah mengambil bahagian dalam ujian berkenaan yang melibatkan pelbagai aspek penilaian, termasuk disiplin, kerjasama, kepimpinan serta kefahaman asas kepengakapan. Bagi memastikan kelancaran proses penilaian, seramai 12 orang penguji dan pemimpin telah turut serta.
Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Tempatan, telah dilantik sebagai salah seorang Penguji Ujian Sikap. Beliau merupakan pemegang dua butir Manikayu bagi Unit Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-kanak, menjadikan kepakarannya amat relevan dalam proses penilaian tersebut.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei akan sentiasa memberikan komitmen berterusan mereka untuk memberikan kepakaran dan sokongan kepada pertubuhan sukarela serta agensi kerajaan yang memerlukan, selaras dengan usaha memperkasa pembangunan belia di Bahagian ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#malaysiamadani
#pbs6d
