- JBS Sarawak
- Hits: 55
PBSB SARIKEI TURUT MENYOKONG PERTANDINGAN PERARAKAN TANGLUNG DAN KERETA BERHIAS SEMPENA PESTA MERADONG TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Bintangor, 15 November 2025 : Pesta Meradong 2025 Platform Promosi Agropelancongan & Perpaduan Komuniti. Pesta Meradong dijadual berlangsung dari 8 hingga 16 November 2025 menjadi platform terbaik untuk mempromosikan Bintangor sebagai destinasi agro pelancongan berpotensi tinggi. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Perarakan Tanglung dan Kereta Berhias Sempena Pesta Meradong Tahun 2025 yang dikelola oleh Pejabat Pendidikan Daerah Meradong. Pejabat Pendidikan Daerah Meradong telah melantik Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sebagai hakim untuk pertandingan tersebut bertempat di Pekan Bintangor.
Tema pertandingan tersebut adalah berunsurkan kebudayaan, tradisi tempatan/perpaduan serta tidak mengandungi unsur sensitif dan provokatif. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#malaysiamadani
#pbs6d
