- JBS Sarawak
- Hits: 83
MESYUARAT PENYELARASAN SARIKEI UNITY RUN 7.0 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 83
Disediakan Oleh : Abdul Rani, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 14 November 2025 - Cawangan Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Sarikei Unity Run 7.0 di Bilik Mesyuarat Aras 2, Pejabat Daerah Sarikei Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Sarikei. Mesyuarat ini bertujuan untuk penyelarasan tugas dan peranan setiap jawatankuasa program, Pembentangan dan perkembangan persiapan agensi yang terlibat dan pengurusan keselamatan serta kesihatan awam program.
Penganjuran pada kali ini telah membuat kelainan dari tahun sebelumnya yang mana pelbagai aktivit sampingan turut di adakan di tapak penganjuran. Antara aktiviti tersebut ialah Lego and Puzzle Contest,Talent Contest,Clay Art Contest dan banyak lagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn.Ainur Yasmin Bt Zaini Pegawai Tadbir Daerah Sarikei. En.Abdul Rani bin Jemi telah mewakili PBS Bahagian Sarikei ke mesyuarat ini serta agensi yang berkaitan di Daerah Sarikei. Di akhir mesyuarat, pengerusi memohon setiap agensi yang terlibat memberi sokongan dan komited dalam penganjuran bersama program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
