- JBS Sarawak
- Hits: 72
Tahniah! Pegawai Belia dan Sukan Sarawak Cemerlang di Majlis Pentauliahan Profesional Kerja Belia Kali Ke-2!
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Seremban, 11 November 2025 – Seramai 26 orang pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyertai dan berjaya ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan Profesional Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 yang berlangsung meriah di Klana Resort Seremban hari ini.
Kehadiran delegasi Sarawak ini menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa bidang kerja belia. Majlis bersejarah ini menjadi platform pengiktirafan rasmi terhadap profesionalisme mereka.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Dato' Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Turut hadir bersama ialah Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
dan Mohd Hazan Bin Haji. Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang ditauliahkan! Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti dalam pembangunan belia negara, khususnya di Bumi Kenyalang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
