- JBS Sarawak
- Hits: 51
Raptai Jaya Majlis Pentauliahan Professional Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Seremban, 10 November 2025- Seramai 26 orang Pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah selesai menjalani raptai akhir bagi persiapan Majlis Pentauliahan Professional Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025!
Raptai yang diadakan pada 10 November 2025 di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan ini berjalan lancar dan penuh disiplin, memastikan segala persiapan untuk majlis rasmi esok (11 November 2025) adalah sempurna.
Pentauliahan ini merupakan pengiktirafan penting kepada pegawai belia yang telah berjaya menamatkan penilaian kompetensi, sekali gus melonjakkan profesionalisme dan kualiti kerja belia di Malaysia, khususnya di Bumi Kenyalang.
Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan dan kelancaran Majlis Pentauliahan esok! Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima tauliah dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSarawak
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HSN2025
