- JBS Sarawak
- Hits: 69
BENGKEL PENGENALAN TOOLS KECERDASAN BUATAN (AI) DAN CANVA
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan Oleh : Mohd Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 11 November 2025 – Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Tools Kecerdasan Buatan (AI) dan Canva pada 10 hingga 11 November 2025 bertempat di Dewan Utama, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Sarikei. Bengkel ini melibatkan penyertaan Pegawai Iktisas dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) PPD Sarikei.
Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, turut dijemput menyertai bengkel ini sebagai peserta jemputan. Sepanjang dua hari penganjuran, peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, Gemini, Deepseek, Napkin AI dan Canva AI. Setiap aplikasi diterangkan dari segi fungsi, kelebihan serta cara penggunaannya dalam meningkatkan produktiviti dan kreativiti di tempat kerja.
Bengkel ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sendiri penggunaan aplikasi tersebut melalui sesi latihan amali. Melalui penganjuran program seperti ini, warga kerja sektor awam dapat memperkukuh kemahiran digital dan menyesuaikan diri dengan keperluan teknologi semasa. Usaha ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan transformasi digital dalam perkhidmatan awam, ke arah meningkatkan kecekapan kerja serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
