Kejohanan Bola Keranjang 3 On 3 Mukah 2025

Kejohanan Bola Keranjang 3 On 3 Mukah 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 11 NOVEMBER 2025 – Kejohanan Bola Keranjang  3 On 3 Mukah 2025 anjuran Kelab Sukan Rekreasi Unique Mukah dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Pusat Khidmat Masyarakat N.57 Tellian telah diadakan pada 25 Oktober 2025 di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah. Program tersebut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua komuniti terlibat dalam sukan terutama sukan bola keranjang.

Kejohanan tersebut telah dimenangi Team Tiger yang dinobatkan sebagai Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 700.00 beserta pingat dan piala. Tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM 400.00, RM 300.00 dan RM 200.00 beserta pingat dan piala. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian. Turut hadir Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong  Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Encik Tan Tze Yong, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Unique Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search