Aktiviti Kecergasan Mampu Wujudkan Warga Emas Aktif

Aktiviti Kecergasan Mampu Wujudkan Warga Emas Aktif

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 11 NOVEMBER 2025 – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Mukah 2025 sebanyak 10 siri yang telah dilaksanakan bermula pada 26 September 2025 sehingga 4 November 2025 membuktikan aktiviti kecergasan mampu melahirkan golongan warga emas aktif. Hal ini juga selaras dengan persediaan Malaysia menghadapi negara menua bermula pada 2021 dan bakal menjadi negara tua pada 2043. Program yang dilaksanakan bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan  agensi berkaitan serta penggiat kecergasan komuniti. 

 

Selain itu, program ini sebagai menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan serta menyediakan komuniti warga emas yang aktif  bagi menghadapi kehidupan seharian. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Unique Mukah bersama Pusat Aktiviti Warga Emas Mukah dan Pusat Aktiviti Warga Emas Dalat telah melaksanakan sebanyak 10 siri masing-masing 5 siri di Mukah dan 5 siri di Dalat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search