PERBINCANGAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK BERKAITAN PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SARWAK TAHUN 2025

PERBINCANGAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK BERKAITAN PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SARWAK TAHUN 2025

Disediakan Oleh : MNN, JBSN Sarawak

KUCHING, 03 November 2025 – Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan satu perjumpaan bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi membincangkan Program Projek Reben Kuning Tahun 2025 yang bertajuk Khidmat Masyarakat ( Rakan Prihatin : Insan Madani ). Perbincangan ini telah di adakan di Bilik Mesyuarat, Rumah Seri Kenangan Kuching Batu 12.

Sesi perjumpaan ini bertujuan untuk memperhalusi lagi aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan kelak. Antara objektif program ini adalah peserta dapat mengaplikasikan nilai bertanggungjawab, tolong menolong, semangat berpasukan dan hormat menghormati. Selain itu, peserta dapat mengaplikasikan komunikasi efektif bersama pasukan dan masyarakat setempat dan peserta dapat mengamalkan aktiviti positif dan bermanfaat. Program ini akan disertai oleh Prospek Program Projek Reben Kuning Negeri Sarawak, Sukarelawan dan Penghuni di Rumah Seri Kenangan Kuching.

Pegawai Kebajikan Masyarakat, turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif JBSN dalam melakukan program ini memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian. Sesi perbincangan tersebut telah di ketuai oleh Encik Abdul Zamrie Bin Randim, Ketua Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak atas kerjasama yang diberikan dan menerima untuk melakukan aktiviti bersama demi pembangunan belia di Negeri Sarawak.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamBelia
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search