- JBS Sarawak
- Hits: 128
Pegawai PBSB Kapit Sertai Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor JBSN Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 128
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KUCHING, 31 Oktober 2025 – Tiga pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah menghadiri Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak 2025 yang berlangsung pada 27 hingga 28 Oktober di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching. Pegawai yang hadir ialah Puan Olivia Kaminis, Encik Martin Sherman Minggu, dan Cik Uja Rama Nyangun. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kecekapan pegawai dalam pengurusan aset alih kerajaan dan penyelenggaraan rekod stor agar selaras dengan tatacara pengurusan aset semasa.
Selain sesi teori, peserta turut didedahkan kepada amali pengurusan aset dan rekod inventori yang efektif bagi memastikan setiap aset kerajaan diurus dengan telus, sistematik, dan berakauntabiliti tinggi. Penyertaan pegawai PBSB Kapit dalam kursus ini menunjukkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran dan tadbir urus aset di peringkat bahagian.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
