- JBS Sarawak
- Hits: 113
Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 Terus Dapat Sambutan Di Bahagian Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 113
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 31 Oktober 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Kapit 2025 terus mendapat sambutan menggalakkan dengan pelaksanaan sebanyak lima (5) siri telah berjaya dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Song sepanjang bulan Oktober ini. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) ini bertujuan menggalakkan warga emas untuk kekal aktif dan sihat melalui aktiviti senamrobik ringan serta interaksi sosial yang positif. Siri ke 7 dan 8 telah diadakan pada 25 dan 28 Oktober yang lalu bertempat di PAWE Song.
Sebanyak dua (2) siri yang terakhir akan diadakan di Daerah Kapit dalam masa terdekat bagi melengkapkan keseluruhan sepuluh (10) siri program bagi tahun 2025. Inisiatif ini turut menjadi antara usaha berterusan kementerian dalam memperkasakan kesejahteraan fizikal dan mental warga emas.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
