- JBS Sarawak
- Hits: 97
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 12 Tamat Dengan Jayanya Di New Waterfront Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 97
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 31 Oktober 2025 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit 2025 melabuhkan tirainya dengan pelaksanaan Siri ke-12 yang berlangsung di New Waterfront Kapit pada pagi 26 Oktober lalu. Program yang bermula seawal 7.00 pagi itu berjaya menarik penyertaan seramai 231 orang peserta, menandakan penutup yang meriah bagi siri terakhir pada tahun ini.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan keseluruhan 12 siri program ini sejak ia dimulakan pada Jun lalu. PBSB Kapit turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Panda Athletic Club (PAC) selaku rakan strategik program yang telah bersama menjayakan setiap siri Malaysia Aktif @ Komuniti hingga ke penghujungnya. Program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam membudayakan amalan hidup aktif, sihat dan ceria dalam kalangan komuniti Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
