- JBS Sarawak
- Hits: 116
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit 2025 Siri 11
- JBS Sarawak
- Hits: 116
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 31 Oktober 2025 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 11 telah berlangsung dengan penuh semangat pada 18 Oktober lalu di Kapit Lily Pond bersempena Kapit Madani Festival 2025 dan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Bahagian Kapit. Program yang dikendalikan oleh Panda Athletic Club ini menarik penyertaan seramai 200 orang peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur yang turut serta dalam aktiviti senamrobik dan larian santai sejauh 3KM.
Penganjuran siri kali ini bertujuan menggalakkan masyarakat Kapit mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat di samping memupuk semangat kebersamaan serta perpaduan komuniti setempat. Suasana ceria dan penuh energi mewarnai program yang menjadi antara tarikan utama sepanjang Kapit Madani Festival dan Hari Sukan Negara pada tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
