- JBS Sarawak
- Hits: 107
PROGRAM KEUSAHAWANAN SARIKEI INNOVATION CENTER
- JBS Sarawak
- Hits: 107
Disediakan Oleh : M Johari, JBSNSarawak
SARIKEI, 31 Oktober 2025 : Sarikei Innovation Center (SIC) telah menganjurkan program The Tech Showcase & Dialogue dan Enterpreneurs Empowerment Exchange 2025 bertempat di Dewan Utama, Pusat Pentadbiran Sarawak, Bahagian Sarikei. Program ini telah mensasarkan penyertaan daripada belia-belia, usahawan serta penjawat awam.
Berbagai maklumat telah dikongsikan dalam program ini seperti penggunaan teknologi dalam pertanian moden, mengintegrasikan tenaga solar serta menggunakan AI dalam melindungi alam sekitar.
Kehadiran PBS Bahagian Sarikei telah diwakili oleh En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Hj. Abdul Rani bin Jemi, dari Cawangan Pembangunan Sukan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
