- JBS Sarawak
- Hits: 134
Kursus Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia Sarawak Siri 1
- JBS Sarawak
- Hits: 134
Kursus Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia Sarawak Siri 1
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 31 Oktober 2025 – Dua orang wakil dari PBSB Kuching iaitu Cik Margaret Sawing dan Puan Dayang Faudzuri Abang Adeni telah menyertai Kursus Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia Sarawak Siri 1 anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada 29 – 31 Oktober 2025 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching. Kursus ini telah disertai seramai 20 orang pegawai dari PBS Bahagian seluruh Sarawak termasuk pegawai yang ditempatkan di pusat pengajian tinggi seperti Kolej Komuniti dan Politeknik.
Kursus ini lebih kepada memberi kefahaman dan pengetahuan hala tuju dan peranan pegawai belia dan sukan ke arah pelaksanaan Pelan Transisi Belia serta mendapatkan input dan pendapat pegawai akan penetapan umur belia pada tahun depan. Selain itu, kursus ini turut menjemput dua orang penceramah iaitu Puan Maini William, Penguasa Kanan SPRM Sarawak dan Encik Mohamad Faizal Lamat, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Sarawak.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#YakinBoleh!
#RakanDemokrasi
