Pasukan Destroyers Mencipta Sensasi Memenangi Pertandingan Mixed Netball Betong Open 2025

Pasukan Destroyers Mencipta Sensasi Memenangi Pertandingan Mixed Netball Betong Open 2025

Disediakan oleh: JT, JBSN 

BETONG, 30 Oktober 2025 – Mixter Netball Club telah menganjurkan Pertandingan Mixed Netball Betong Open 2025 pada 25 Oktober 2025 bertempat di Riveria Sports Centre, Debak. Sebanyak 8 buah pasukan telah menyertai pertandingan sukan bola jaring campuran yang julung kalinya dianjurkan oleh kelab ini.

Objektif penganjuran pertandingan ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, memperkukuh kerjasama pasukan serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan komuniti. Selain itu, pertandingan ini juga menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan bola jaring campuran.

Keputusan pertandingan tersebut adalah seperti berikut:

Johan: Destroyers

Naib Johan: KSRB Bungin

Tempat Ketiga: Jaguar Blaze

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Syabas dan tahniah kepada Puan Khairulniza binti Abang Bujang, Presiden Mixter Netball Club dan seluruh AJK kelab atas kejayaan penganjuran serta pasukan yang telah menyertai pertandingan tersebut.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong berharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan perpaduan dan semangat kesukanan di peringkat komuniti. Pelaksanaan pertandingan telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search