PERTANDINGAN AEROBICTHON SAMARAHAN 2025 SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

PERTANDINGAN AEROBICTHON SAMARAHAN 2025 SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

Disediakan oleh: NL (JBSN Sarawak)

SAMARAHAN, 18 OKTOBER 2025– Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Samarahan 2025, seramai 200 peserta tampil memeriahkan Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Samarahan yang berlangsung penuh semangat di SMK Sadong Jaya, di sini hari ini.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan (KSKKS) itu berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia, dewasa dan warga emas berumur 15 tahun ke atas.

Suasana pagi yang ceria diserikan dengan alunan muzik rancak serta persembahan bertenaga daripada peserta yang mempamerkan kreativiti, kekuatan fizikal dan semangat kesukanan dalam setiap rutin aerobik yang ditampilkan.

“Melalui aktiviti seperti Aerobicthon, masyarakat dapat bersama-sama menikmati keseronokan bersukan sambil memperkukuh hubungan silaturahim antara komuniti setempat,” katanya ketika ditemui.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah oleh YB Datuk Ir. Aidel Bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Sadong Jaya yang hadir sebagai tetamu kehormat program.

Penganjuran ini turut menjadi platform kepada kelab sukan tempatan untuk memperkenalkan bakat baharu dalam bidang kecergasan serta meningkatkan penyertaan komuniti Samarahan dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search