SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA SAMARAHAN

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA SAMARAHAN

Disediakan oleh: NL (JBSN Sarawak)

SAMARAHAN - 16 Oktober 2025. Sambutan Hari Sukan Negara peringkat IPD Kota Samarahan telah diadakan dengan dimulakan dengan sesi panggil nama dan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru yang di rasmikan oleh YDH DSP Barry William, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan. Turut hadir pada program tersebut semua Ketua-ketua Bahagian Daerah, Pegawai kanan Polis, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis dan PERKEP IPD Kota Samarahan.

Program diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya bersukan bagi mewujudkan pegawai/anggota dan pegawai awam PDRM yang cergas dan aktif, disamping itu juga memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan ikatan silaturrahim dalam pasukan. Program yang berlangsung pada pagi Jumaat itu disertai oleh pegawai dan anggota IPD Kota Samarahan bersama wakil agensi kerajaan serta komuniti setempat. Suasana ceria dan penuh semangat jelas terpancar apabila peserta bersama-sama melakukan rutin senamrobik yang diketuai oleh jurulatih berpengalaman dari Kelab Sukan kecergasan Kota Samarahan dan wakil dari pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.

Menurut penganjur, aktiviti ini diadakan bagi menyokong objektif Hari Sukan Negara iaitu untuk menggalakkan rakyat Malaysia kekal aktif, sihat dan cergas melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal secara berterusan.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara warga IPD, agensi kerajaan dan masyarakat,” katanya.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search