- JBS Sarawak
- Hits: 121
VERIFIKASI STOR BAGI TAHUN 2025 DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 121
VERIFIKASI STOR BAGI TAHUN 2025 DI PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 29 OKTOBER 2025 - Verifikasi Stor telah dilakukan di Stor Utama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan pada 29 Oktober 2025 oleh Pemverifikasi Stor, Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie dan Cik Jamaika Binti Marciano.
Verifikasi stor dilakukan selaras dengan arahan dengan ketetapan Pekeliling Perbendaharaan AM 6.6 Tatacara Pengurusan Stor (TPS) – Pemeriksaan yang bertujuan mengesahkan ketetapan stok fizikal dan rekod secara seratus peratus (100%), mengesan dan mengenalpasti kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan , berkurangan , rosak,usang, luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil.
Verifikasi juga bertujuan melaporkan pengurusan stor dan secara keseluruhan iaitu organisasi stor, kawalan stok, penerimaan , merekod penyimpanan, pengeluaran, pengiraan, pemeriksaan / verifikasi keselamatan , kebersihan, pelupusan, kehilangan/hapus kira dan nilai stok.
Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pegawai dan kakitangan yang terlibat sepanjang berlangsungnya verifikasi stor tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
