AKTIF EKSPRESS 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

AKTIF EKSPRESS 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 23 OKTOBER 2025 – Aktif Ekspress 2025 Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMK Simunjan No.1 pada 23 Oktober 2025 yang melibatkan penyertaan dari golongan wanita yang berumur 18 – 30 tahun sahaja.

Objektif program ini adalah sebagai satu medium untuk mendidik rakyat Malaysia terutama golongan wanita agar mengaplikasikan pengetahuan tentang gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat di dalam kehidupan seharian dalam mendapatkan berat badan yang ideal. Melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif seterusnya meningkatkan produktiviti untuk bekerja dan mejalankan aktiviti harian. Antara pengisian program ini adalah Pendidikan Asas Kesihatan yang disampaikan oleh Puan Nor Ezra Binti Hipni, Pegawai Pendidikan Kesihatan dan Body Weight Workout dari Puan Philomena Dexclyn Anak Siar, Atlet Bina Badan Wanita.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan dan turut disertai mewakili pengetua SMK Simunjan No.1, Puan Sutinah Maseri. 

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search