HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 18 OKTOBER 2025 – Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Jaya, Samarahan pada 18 Oktober 2025.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah Larian Ria Madani, Kayuhan Ria Madani, Aerobicthon 2025 Bahagian Samarahan, Futsal Lelaki, Bola Jaring, Pertandingan Mewarna Warga Emas, Dam Aji, Gusti Lengan, Memanah Tradisional dan Saringan Kesihatan. 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk IR Aidel Bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Insfrastruktur) dan turut hadiri Yang Berhortmat Puan Rodiyah binti Sapiee, Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Encik Jerry Zainuddin Pegawai Daerah Asajaya, Puan Hajjah Hajijah Binti Mohtar, Pengetua SMK Sadong Jaya dan Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search