PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN SESI 2/2025

PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN SESI 2/2025

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 11 OKTOBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Samarahan Sesi 2/2025 telah diadakan di Bilik Gerakan Kampung Pangkalan Kuap, Kota Samarahan Jam 9 pagi. 

Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Samarahan 2025 yang bertujuan untuk menyediakan golongan warga emas yang sihat dan aktif menjelang 2030 (Negara Menua), mempromosikan usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan dan menyumbang kepada peningkatan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia. Program ini dilaksanakan bersama dengan jurutunjuk daripada Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan. 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hamzah Bin Brahim ADUN N.17 Stakan dan turut disertai oleh Encik Abu Zaid  Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search