PENYERAHAN BUKU ARAHAN PENTADBIRAN KEWANGAN (APK) 01 BELANJAWAN KEPADA STAF PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN

PENYERAHAN BUKU ARAHAN PENTADBIRAN KEWANGAN (APK) 01 BELANJAWAN KEPADA STAF PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 6 OKTOBER 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan penyerahan Buku APK 01 BELANJAWAN yang dikemaskini pada 26 September 2024 dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2024 bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan. Penyerahan ini telah dilaksanakan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan selaku Ketua Pejabat kepada semua staf agar lebih cekap dan mahir dalam pengurusan kewangan.

Arahan Pentadbiran Kewangan (APK) ini merupakan panduan kepada semua staf yang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan agar mempraktikkan pengurusan kewangan yang lebih cekap, teratur dan berhemah dalam usaha memantapkan lagi pengurusan kewangan dan kawalan perbelanjaan kementerian sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search