MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN BIL.4/2025

MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SAMARAHAN BIL.4/2025

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 6 OKTOBER 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.4/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan dan dihadiri oleh semua staf.

Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's. Mesyuarat turut membincangkan berkenaan tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat.

Pengerusi berharap agar staf fokus kepada kerja, pemantauan program sentiasa dilaksanakan, sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan program, menghasilkan inovasi dan kreativiti, penglibatan dengan agensi luar, mematuhi pelaksanaan tugas dan garis masa program.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search