SIMUNJAN STRONGESTMEN SEMPENA PESTA SIMUNJAN 2025

SIMUNJAN STRONGESTMEN SEMPENA PESTA SIMUNJAN 2025

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 4 OKTOBER 2025 – Pertandingan Simunjan Strongestmen Sempena Pesta Simunjan 2025 telah diadakan bertempat di Hadapan Rumah Rehat Simunjan. Pertandingan bermula jam 8 pagi sampai 5 petang.

Pertandingan kali ini menguji peserta dengan lima rutin iaitu Tyre Flip (450 kg), Yoke Walk (260 kg/30 m), Stone Over the Bar (135 kg), Car Deadlift dan Track Pull (20 m). Johan telah membawa pulang hadiah tunai sebanyak RM 1 200.00 dan piala telah dimenangi oleh Encik Muhammad Nur Arif Bin Mohd Khalil, manakala Naib Johan kepada Encik Yong Chee Hang dengan hadiah tunai sebanyak RM 800.00 dan piala, tempat ketiga kepada Encik Muhd Redzuan Bin Rosli dengan hadiah tunai sebanyak RM 600.00 dan piala, bagi Tempat Keempat kepada Encik Richmond Mackenzie dengan hadiah tunai sebanyak RM 400.00 dan tempat kelima kepada Encik Hamzah Bin Sepenmalinjan dengan hadiah tunai sebanyak RM 200.00.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Sanuyah Binti Mohamad, Pegawai Daerah Simunjan dan turut disertai oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan, Asisten Superintendan Ricky Poh selaku Pengerusi Persatuan Orang Kuat Sarawak.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-11-2025, 14:52:36

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search