MESYUARAT JAWATANKUASA PERLAKSANA HARI SUKAN NEGARA 2025

MESYUARAT JAWATANKUASA PERLAKSANA HARI SUKAN NEGARA 2025

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 2 OKTOBER 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Samarahan diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya jam 9 pagi.

Mesyuarat ini membincangkan berkaitan perjalanan Program HSN 2025 Peringkat Bahagian Samarahan dan pengisian aktiviti. Antara pengisian yang dicadanakan adalah Larian Ria Madani kategori bawah 18 tahun dan terbuka, Kayuhan Ria Madani, Aerobicthon, Futsal Lelaki, Bola Jaring, Pertandingan Mewarna Warga Emas, Dam Aji, Gusti Lengan, Memanah Tradisional dan Saringan Kesihatan. Yang Berhormat Datuk IR Aidel Bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Insfrastruktur) dan Yang Berhortmat Puan Rodiyah binti Sapiee, Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong dijangka hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Perasmian.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Encik Abdullah Sam Bin Yusup dan turut hadiri  Puan Hajjah Hajijah Binti Mohtar, Pengetua SMK Sadong Jaya dan Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search