- JBS Sarawak
- Hits: 75
Ceramah Motivasi dan Pengenalan Rakan Muda kepada Pelajar SMK Temenggong Datuk Lawai Jau
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 28 OKTOBER 2025 – Seramai 87 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Datuk Lawai Jau yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini telah menyertai Ceramah Motivasi dan Pengenalan Rakan Muda, yang diadakan pada 25 Oktober 2025 di sekolah berkenaan.
Program ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.77 Telang Usan, sebagai nilai tambah kepada Karnival Sukan Luar Bandar dan Sukan Komuniti Pribumi Sarawak.
Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Encik Robson Jok Laeng, yang berkongsi pengalaman serta tip membina keyakinan diri dan pengurusan masa bagi mencapai kecemerlangan akademik. Seterusnya, sesi Pengenalan Rakan Muda telah disampaikan oleh Cik Amy Noryanti binti Eni, yang memperkenalkan pelbagai inisiatif dan peluang aktiviti di bawah program Rakan Muda kepada para pelajar.
Turut diadakan ialah pameran Rakan Muda dan aktiviti permainan “Mari Mencuba”, yang berjaya menarik minat pelajar untuk lebih mengenali peranan dan manfaat penyertaan dalam program belia.
Penganjuran sesi sebegini diharap dapat memperkukuh semangat pelajar luar bandar untuk terus berusaha mencapai kejayaan serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan belia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
